JOIN NAVY SEE THE WORLD
Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia, Selamat Datang ke UTM
1) PENGENALAN, APA ITU PALAPES ?
PALAPES merupakan singkatan kepada Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Ianya merupakan sebuah pasukan beruniform yang bernaung di bawah Angkatan Tentera Malaysia, ATM. Pasukan simpanan ini ditubuhkan hasil usaha sama antara Kementerian Pertahanan & Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
PALAPES Laut kini telah ditubuhkan di 8 buah IPTA. Hasil dari impak positif yang ditunjukkan oleh pelajar yang menyertai pasukan ini telah mendorong Akademi Laut Malaysia, ALAM untuk turut serta menubuhkan pasukan simpanan di pusat pengajian mereka dan dengan ini telah menjadikan jumlah keseluruhan PALAPES Laut adalah 9 pasukan kesemuanya.
Bagi PALAPES Laut UTM, pengambilan sesi pengajian 2012/2013 adalah merupakan pengambilan ke-20 (Intake-20). Baru-baru ini juga iaitu tanggal 17 Julai 2012, Intake-17 telah berjaya menamatkan latihan 3 tahun mereka dibawah pasukan simpanan ini dengan ditauliahkan di Universiti Utara Malaysia sebagai Leftenan Muda PSSTLDM.
MISI : Menyediakan sumber manusia simpanan yang kuat semangat juang yang berkemahiran dan mempunyai kecekapan mengikut kehendak TLDM.
VISI : Menjadi angkatan pertahanan simpanan setanding angkatan tetap TLDM.

2) LATIHAN ASAS & KELEBIHAN MENYERTAI PALAPES
Latihan asas PALAPES Laut meliputi latihan ketahanan mental dan fizikal disamping pendedahan awal kepada ilmu keperlautan. Para pelajar yang akan menyertai pasukan ini perlu menjalani latihan berperingkat selamat 3 tahun. Ianya meliputi latihan tempatan yang diadakan di UTM serta latihan tahunan yang diadakan berterusan yang kebiasaanya dijalankan diluar UTM.
Contoh latihan tempatan, antaranya ialah latihan kecergasan fizikal, kawad kaki, renang, kelas ilmu keperlautan, bersukan dan sebagainya. Terdapat juga latihan tempatan yang diadakan diluar UTM seperti menembak.
Manakala latihan tahunan meliputi latihan 2 minggu berturut-turut di KD Sultan Idris I, latihan perkhemahan tahunan, berkayak, berlayar dan banyak lagi yang ternyata menguji ketahanan mental dan fizikal untuk terus bertahan menjalani latihan siang dan malam.
Kebiasaannya, latihan di UTM diadakan 2 kali seminggu iaitu pada petang hari rabu (ko-q) dan juga pada hari sabtu.
Elaun akan dibayar kepada pelatih mengikut jumlah jam menghadiri latihan. RM4 sejam. Sebagai contoh hari sabtu, latihan akan dijalankan selama 10 jam. Pelatih akan mendapat elaun sebanyak RM4 x 10jam = RM40.
Selain elaun, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan diperolehi sepanjang pengajian pelajar di UTM yang antaranya ialah kouta pengetua untuk penginapan di kolej, jumlah kredit ko-q 6jam (pelajar lain cuma 2 jam) dan lain-lain.
Adakah anda yang kami cari ? Come Join Us In Navy !
click here to view in high quality version


click here to view in high quality version
3) HUBUNGI KAMI
PK Mohd Noor Hishamuddin Bin Mat Rezali
No. Tel : 017-9620280
Email : wth_11@yahoo.com
.
PK(W) Norizan Binti Mohd Nor
No. Tel : 013-5935036
Email : norizanmdnor@spe.petroleum.utm.my
.
M11, Markas PALAPES (L) UTM,
81310 Skudai, Johor Darul Takzim.
No Tel : 07-5530184
____________________________________________________________________________________